Memaparkan catatan dengan label PGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PGA. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

LAWATAN TABIKA KEMAS PGA KE MELAKA




TAPAH 18 Oktober 2014 - TABIKA KEMAS Batalion 3, Pasukan Gerakan AM Bidor  telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Rombongan ini terdiri daripada 170 orang kanak-kanak termasuk ibubapa. Turut serta dalam rombongan ini ialah Inspektor Rizuan bin Roslan selaku pengerusi TABIKA KEMAS Batalion 3, Pasukan Gerakan AM Bidor serta  ahli jawatankuasa TABIKA, Puan Noraini bt Said, Puan Jamidah bt Anja dan Puan Siti Fatimah binti Abu, selaku Pemaju Masyarakat TABIKA.  Seawal lapan pagi lagi, para rombongan  menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa 3 jam.


Tiba sahaja di Negeri Melaka, para rombongan dibawa ke Zoo Melaka. Mereka diberi pendedahan mengenai haiwan-haiwan yang berada di situ. Selepas melawat Zoo Melaka, mereka dibawa melawat ke Bandar Dihilir dimana terdapat banyak  bahan-bahan sejarah yang berada di sana. Mereka mendapat banyak pendedahan mengenai sejarah Negeri Melaka.



Sebelum mengakhiri lawatan, mereka mengadakan sessi bergambar beramai-ramai. Ibu bapa dan kanak-kanak merasa gembira dan lawatan ini dan berharap agar lawatan sebegini diadakan sekali lagi pada masa yang akan datang.


Selasa, 7 Oktober 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN SUKANEKA KANAK-KANAK TABIKA BN3, PGA


TAPAH 29 Ogos 2014 - Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sukaneka Kanak-Kanak TABIKA KEMAS di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA)  telah diadakan di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Bidor. sambutan ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun.


Program ini bukan sahaja memupuk semangat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak, namun secara tidak langsung akan meneruskan hubungan kerjasama yang lebih erat antara KEMAS dan PGA. Melalui program ini juga, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan juga Pemaju Masyarakat TABIKA dimana ibubapa kanak-kanak yang merupakan anggota PGA dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka biarpun sibuk dengan tugas.




Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sukaneka Kanak-Kanak TABIKA KEMAS dirasmikan oleh YDH. Supt Wan Hamzah bin Haji Wan Kadir selaku Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA). Turut hadir ke program ini adalah En Mohd Faizal bin Berahanoddin selaku Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Tapah yang mewakili Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang dan Inspektor Rizuan bin Roslan selaku Pengerusi TABIKA KEMAS Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Gambar: ehsan dari PGA Bidor