Jumaat, 1 Mei 2015

PENCARIAN BAKAT HARI POTENSI PERINGKAT PARLIMEN TAPAH




TAPAH, 24 APRIL 2015 – KEMAS Parlimen Tapah mengadakan Program Pencarian Bakat Hari Potensi Peringkat Parlimen Tapah di tiga lokasi iaitu di gelanggang futsal KSK DUN Ayer Kuning, Padang Majlis Daerah Tapah dan Dewan UMNO Bahagian Tapah . Program ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memilih kanak-kanak yang berbakat untuk mewakili KEMAS Parlimen Tapah ke peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri.



Antara acara yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, galah panjang, gerak kreatif dan silat. seramai 200 orang kanak-kanak telah menyertai program ini dimana ada diantara mereka telah terpilih ke peringkat seterusnya.


Antara yang menghadiri ke program ini ialah En Helmi bin Zulkifli selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang. Turut hadir ke program ini ialah En Ofliza bin Mokhtar selaku Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tapah dan kakitangan KEMAS Parlimen Tapah.

BENGKEL PROFAIL KAMPUNG DAN TAKLIMAT SPR MERIAH




TAPAH, 19 Mac 2015 – KEMAS Parlimen Tapah bersama Persatuan Ketua Kampung Parlimen Tapah telah mengadakan Bengkel Profail Kampung dan Taklimat SPR. Bengkel ini telah diadakan di Dewan UMNO Bahagian Tapah. Bengkel  ini  bertujuan untuk membuat pengemaskinian maklumat profail kampung. Sebanyak 40 terlibat dimana setiap kampung dikehendaki membawa seramai 3 orang yang terdiri dari Pengerusi JKKK, Setiausaha JKKK dan seorang wakil wanita.


Pengarah KEMAS Negeri Perak memberi ucapan




Menurut En Helmi bin Zulkifli selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, semua kampung perlu membuat pengemaskinian data profail kampung kerana setiap maklumat mengenai kampung adalah peting bagi pemimpin tempatan dan agensi yang menjadi penggerak kampung tersebut. Taklimat mengenai pengemaskinian profail kampung telah disampaikan oleh Puan Maimun bin Md Ariffin selaku Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN  Ayer Kuning. Beliau juga turut memperkenalkan penggerak-penggerak GDW yang terlibat.

Puan Maimun Md Ariffin memberi penerangan mengenai Profail Kampung



Pada sebelah petang pula, diadakan taklimat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dimana seramai 36 orang Pengerusi JKKK telah dilantik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih SPR. Taklimat ini telah disampaikan oleh Shazree Idzham B. Wahab Abdul Rahman selaku Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Negeri Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Samsudin bin Haji Abu Hassan selaku Exco Kerajaan Negeri Perak dimana beliau mengatakan bahawa Pengerusi JKKK yang dilantik sebagai penolong pendaftar pemilih SPR perlu mencari bakal pengundi bersama KEMAS dan daftarkan mereka untuk mereka layak mengundi semasa Pilihanraya yang akan datang.




Turut hadir ke majlis tersebut ialah En Ahmad Kamal Idris bin Haji Nawawi selaku Pengarah KEMAS Negeri Perak, En Helmi bin Zulkifli selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang En Khairul Azahar bin Mat Piah selaku Penghulu Mukim Chenderiang dan wakil FELCRA. Pihak KEMAS Parlimen Tapah dan Persatuan Ketua-ketua Kampung mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di atas penerangan yang diberikan dengan harapan akan mengadakan lagi penerangan sebegini pada masa yang akan datang.