Selasa, 7 Oktober 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN SUKANEKA KANAK-KANAK TABIKA BN3, PGA


TAPAH 29 Ogos 2014 - Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sukaneka Kanak-Kanak TABIKA KEMAS di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA)  telah diadakan di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Bidor. sambutan ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun.


Program ini bukan sahaja memupuk semangat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak, namun secara tidak langsung akan meneruskan hubungan kerjasama yang lebih erat antara KEMAS dan PGA. Melalui program ini juga, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan juga Pemaju Masyarakat TABIKA dimana ibubapa kanak-kanak yang merupakan anggota PGA dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka biarpun sibuk dengan tugas.




Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sukaneka Kanak-Kanak TABIKA KEMAS dirasmikan oleh YDH. Supt Wan Hamzah bin Haji Wan Kadir selaku Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA). Turut hadir ke program ini adalah En Mohd Faizal bin Berahanoddin selaku Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Tapah yang mewakili Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang dan Inspektor Rizuan bin Roslan selaku Pengerusi TABIKA KEMAS Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Gambar: ehsan dari PGA Bidor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan