Isnin, 20 Oktober 2014

LAWATAN TABIKA KEMAS PGA KE MELAKA




TAPAH 18 Oktober 2014 - TABIKA KEMAS Batalion 3, Pasukan Gerakan AM Bidor  telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Rombongan ini terdiri daripada 170 orang kanak-kanak termasuk ibubapa. Turut serta dalam rombongan ini ialah Inspektor Rizuan bin Roslan selaku pengerusi TABIKA KEMAS Batalion 3, Pasukan Gerakan AM Bidor serta  ahli jawatankuasa TABIKA, Puan Noraini bt Said, Puan Jamidah bt Anja dan Puan Siti Fatimah binti Abu, selaku Pemaju Masyarakat TABIKA.  Seawal lapan pagi lagi, para rombongan  menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa 3 jam.


Tiba sahaja di Negeri Melaka, para rombongan dibawa ke Zoo Melaka. Mereka diberi pendedahan mengenai haiwan-haiwan yang berada di situ. Selepas melawat Zoo Melaka, mereka dibawa melawat ke Bandar Dihilir dimana terdapat banyak  bahan-bahan sejarah yang berada di sana. Mereka mendapat banyak pendedahan mengenai sejarah Negeri Melaka.



Sebelum mengakhiri lawatan, mereka mengadakan sessi bergambar beramai-ramai. Ibu bapa dan kanak-kanak merasa gembira dan lawatan ini dan berharap agar lawatan sebegini diadakan sekali lagi pada masa yang akan datang.


Ahad, 19 Oktober 2014

PENERANGAN OLEH TABUNG HAJI TAPAH



 TAPAH, 17 Oktober 2014 - Bengkel Perhubungan bersama Pegawai Tabung Haji Cawangan Tapah telah diadakan di TABIKA Batu 1 1/2, Jalan Pahang. Majlis ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai penyimpanan wang untuk kakitangan KEMAS dan kanak-kanak TABIKA.



Menurut pegawai Tabung Haji, jika mereka menyimpan wang ke dalam Tabung Haji bermula sekarang, urusan haji akan lebih mudah apabila mereka mengerjakan haji. Selain itu, pegawai Tabung Haji juga  memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tabung Haji.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah En Jifridin bin Ismail selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang dan En Ofliza bin Mokhtar selaku Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tapah. Pihak KEMAS Parlimen Tapah mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Tabung Haji di atas penerangan yang diberikan dengan harapan akan mengadakan lagi penerangan sebegini pada masa yang akan datang.

Selasa, 14 Oktober 2014

MESYUARAT PELANCARAN KOSPEN PARLIMEN TAPAH KALI KE 2

TAPAH 14 Oktober 2014 - Mesyuarat Pelancaran KOSPEN Parlimen tapah telah diadakan di Kg Sungai Lah, Chenderiang. Mesyuarat ini diadakan untuk merancang dan membuat pembahagian tugas pada hari pelancaran yang dijadualkan pada 15 November 2014 di Kg Sungai Lah
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr Kanesh dari Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang dan En Jifridin bin Ismail, Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah En Ofliza bin Mokhtar, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tapah, penyelia KEMAS Parlimen Tapah, ketua-ketua Kampung dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang.

Selasa, 7 Oktober 2014

BENGKEL KEIBUBAPAAN PARLIMEN TAPAH

 



TAPAH 24 September 2014 - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Tapah di bawah unit Pra Sekolah mengadakan   Program Bengkel Keibubapaan DUN Selinsing di TABIKA KEMAS Taman Diawan, Kampar.

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim  antara ibubapa, pihak kerajaan dan masyarakat setempat  dengan menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif anggota masyarakat kampung tanpa mengira usia ,bangsa dan  agama dalam semua aktiviti kemasyarakatan. 

Program  ini dimulakan dengan demontrasi makanan sihat oleh  Puan Zaharah binti Khairuddin , iaitu Pemaju Masyarakat PKK , dan di teruskan dengan satu slot ceramah tentang pemakanan sihat oleh pegawai kesihatan Tapah dan slot ceramah keselamatan oleh PDRM.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohana bt Yaacob , Ketua Pergerakan Wanita UMNO  Bahagian Tapah. Turut hadir dalam program ini , Puan Hamsiah bt Adnan , Penyelia Pra Sekolah KEMAS Parlimen Tapah , Encik Ali Mohamed bin Mohamed Khan , Pengerusi Tabika Taman Diawan, Puan Wati bt Jaafar, Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Tapah dan semua penyelia pelbagai jurusan KEMAS Tapah.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN SUKANEKA KANAK-KANAK TABIKA BN3, PGA


TAPAH 29 Ogos 2014 - Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sukaneka Kanak-Kanak TABIKA KEMAS di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA)  telah diadakan di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Bidor. sambutan ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun.


Program ini bukan sahaja memupuk semangat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak, namun secara tidak langsung akan meneruskan hubungan kerjasama yang lebih erat antara KEMAS dan PGA. Melalui program ini juga, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan juga Pemaju Masyarakat TABIKA dimana ibubapa kanak-kanak yang merupakan anggota PGA dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka biarpun sibuk dengan tugas.




Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sukaneka Kanak-Kanak TABIKA KEMAS dirasmikan oleh YDH. Supt Wan Hamzah bin Haji Wan Kadir selaku Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA). Turut hadir ke program ini adalah En Mohd Faizal bin Berahanoddin selaku Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Tapah yang mewakili Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang dan Inspektor Rizuan bin Roslan selaku Pengerusi TABIKA KEMAS Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Gambar: ehsan dari PGA Bidor

Isnin, 6 Oktober 2014

BELANSUNGKAWA



Pada 28 Ogos 2014, KEMAS Parlimen Tapah telah kehilangan seorang anggota KEMAS iaitu Allahyarham Normah binti Musa yang telah kembali ke rahmatullah setelah beberapa tahun mengidap kanser.  

Menyingkap kembali sejarah bersama KEMAS, Allahyarham memulakan tugasnya sebagai Pemaju Masyarakat GRT pada 1 Julai 1978 di KEMAS Parlimen Tapah. Kemudian, beliau dilantik sebagai Pemaju Masyarakat TABIKA pada  1 Julai 1980 sehingga 1 Ogos 2014. Allahyarham telah meninggalkan seorang anak.

Kami di KEMAS Parlimen Tapah amat merasai kehilanganmu. Terlalu banyak kenangan bersamamu yang tidak akan dapat dicoretkan di sini. Alfatihah buat Allahyarham Normah binti Musa. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Amin...


Selasa, 17 Jun 2014

SAMBUTAN HARI JADI KAKITANGAN KEMAS PARLIMEN TAPAH




Pada 17 Jun 2014, KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan majlis meraikan Sambutan Hari Lahir Kakitangan KEMAS Parlimen Tapah yang terdiri dari yang lahir dari bulan Januari hingga Jun.Majlis ini juga turut meraikan hari ibu dan hari bapa. 




Acara ini diserikan dengan upacara memotong kek oleh kakitangan KEMAS yang diraikan. Turut diraikan ialah En Jifridin bin Ismail selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, En Ofliza bin Mokhtar selaku Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tapah, Puan Eliza Mazlin binti Abdul Rahman selaku Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Chenderiang, En Hazreen bin Mustapha selaku Penyelia 3P dan Puan Normala binti Abdul Rahim selaku MT Penyelia Pendidikan Masyarakat.


Selepas selesai majlis tersebut, En Jifridin  mengambil kesempatan untuk bermesra dengan kakitangan KEMAS Parlimen Tapah bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh kakitangan. Kakitangan KEMAS Parlimen Tapah merasa gembira dan mengharapkan agar program sebegini akan diadakan pada masa yang akan datang.



Selasa, 1 April 2014

PERJUMPAAN KAKITANGAN KEMAS TAPAH BERSAMA TUAN PENGARAH KEMAS PERAK




Pada 19 Februari 2014, Perjumpaan Kakitangan KEMAS Parlimen Tapah Bersama Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak, En. Ahmad Kamal Idris bin Haji Nawawi di Dewan UMNO Bahagian Tapah. Dalam ucapannya, beliau merasa gembira kerana dapat bertemu dengan semua kakitangan KEMAS Parlimen Tapah. Beliau juga mengatakan bahawa semua kakitangan KEMAS perlu bekerja keras dalam menjalankan tugas. Selain itu, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan KEMAS Parlimen Tapah kerana sentiasa komited dalam menjalankan tugas.



Selepas itu, beliau dipersembahkan slide yang berkaitan dengan aktiviti KEMAS Parlimen Tapah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Jifridin bin Ismailselaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, En Ofliza bin Mokhtar, Penyelia Kanan Parlimen Tapah, Tuan Haji Sayuti bin Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah  dan penyelia pelbagai urusan.


Selepas selesai majlis tersebut, Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak mengambil kesempatan untuk bermesra dengan kakitangan KEMAS Parlimen Tapah bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh kakitangan.


Alhamdulillah......


Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah kerana blog ini berjaya diwujudkan. Insyaallah selepas ini, segala akiviti akan dimuatkan ke dalam blog ini.