Pada 19 Februari 2014, Perjumpaan Kakitangan KEMAS Parlimen Tapah Bersama Tuan Pengarah KEMAS Negeri Perak, En. Ahmad Kamal Idris bin Haji Nawawi di Dewan UMNO Bahagian Tapah. Dalam ucapannya, beliau merasa gembira kerana dapat bertemu dengan semua kakitangan KEMAS Parlimen Tapah. Beliau juga mengatakan bahawa semua kakitangan KEMAS perlu bekerja keras dalam menjalankan tugas. Selain itu, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan KEMAS Parlimen Tapah kerana sentiasa komited dalam menjalankan tugas.
Selepas itu, beliau dipersembahkan slide yang berkaitan dengan aktiviti KEMAS Parlimen Tapah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Jifridin bin Ismailselaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, En Ofliza bin Mokhtar, Penyelia Kanan Parlimen Tapah, Tuan Haji Sayuti bin Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah dan penyelia pelbagai urusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan