
TAPAH 24 September 2014 -
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Tapah di bawah unit Pra Sekolah mengadakan Program Bengkel Keibubapaan DUN Selinsing di TABIKA KEMAS Taman Diawan, Kampar.
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara ibubapa, pihak kerajaan dan masyarakat setempat dengan menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif anggota masyarakat kampung tanpa mengira usia ,bangsa dan agama dalam semua aktiviti kemasyarakatan.
Program ini dimulakan dengan demontrasi makanan sihat
oleh Puan Zaharah binti Khairuddin , iaitu Pemaju Masyarakat PKK , dan di teruskan dengan satu slot ceramah
tentang pemakanan sihat oleh pegawai kesihatan Tapah dan slot ceramah keselamatan oleh PDRM.
Program ini
telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohana bt Yaacob , Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Bahagian Tapah. Turut hadir dalam program ini , Puan Hamsiah bt Adnan , Penyelia Pra Sekolah KEMAS Parlimen Tapah , Encik Ali Mohamed bin Mohamed Khan ,
Pengerusi Tabika Taman Diawan, Puan Wati bt Jaafar, Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Tapah dan semua penyelia pelbagai jurusan KEMAS Tapah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan