TAPAH, 19 Mac 2015 – KEMAS
Parlimen Tapah bersama Persatuan Ketua Kampung Parlimen Tapah telah mengadakan Bengkel
Profail Kampung dan Taklimat SPR. Bengkel ini telah diadakan di Dewan UMNO
Bahagian Tapah. Bengkel ini bertujuan untuk membuat pengemaskinian
maklumat profail kampung. Sebanyak 40 terlibat dimana setiap kampung
dikehendaki membawa seramai 3 orang yang terdiri dari Pengerusi JKKK,
Setiausaha JKKK dan seorang wakil wanita.
|
Pengarah KEMAS Negeri Perak memberi ucapan |
Menurut En Helmi bin Zulkifli selaku
Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, semua kampung perlu membuat pengemaskinian
data profail kampung kerana setiap maklumat mengenai kampung adalah peting bagi
pemimpin tempatan dan agensi yang menjadi penggerak kampung tersebut. Taklimat
mengenai pengemaskinian profail kampung telah disampaikan oleh Puan Maimun bin
Md Ariffin selaku Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Ayer Kuning. Beliau juga turut memperkenalkan
penggerak-penggerak GDW yang terlibat.
|
Puan Maimun Md Ariffin memberi penerangan mengenai Profail Kampung |
Pada sebelah petang pula, diadakan
taklimat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dimana seramai 36 orang Pengerusi JKKK
telah dilantik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih SPR. Taklimat ini telah
disampaikan oleh Shazree
Idzham B. Wahab Abdul Rahman selaku Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Negeri
Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Samsudin bin Haji Abu
Hassan selaku Exco Kerajaan Negeri Perak dimana beliau mengatakan bahawa
Pengerusi JKKK yang dilantik sebagai penolong pendaftar pemilih SPR perlu
mencari bakal pengundi bersama KEMAS dan daftarkan mereka untuk mereka layak
mengundi semasa Pilihanraya yang akan datang.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah
En Ahmad Kamal Idris bin Haji Nawawi selaku Pengarah KEMAS Negeri Perak, En
Helmi bin Zulkifli selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang En Khairul Azahar
bin Mat Piah selaku Penghulu Mukim Chenderiang dan wakil FELCRA. Pihak KEMAS
Parlimen Tapah dan Persatuan Ketua-ketua Kampung mengucapkan terima kasih
kepada Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di atas penerangan
yang diberikan dengan harapan akan mengadakan lagi penerangan sebegini pada
masa yang akan datang.